Minggu Integriti USIM meriah dan mendapat sambutan
USIM – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Minggu Intergriti peringkat universiti bermula 28 Januari hingga 1 Febuari 2008. Minggu tersebut telah mendapat sambutan meriah dan hangat daripada kakitangan dan pelajar USIM.
Semua fakulti dan kolej kediaman di USIM mengambil bahagian dalam memeriahkan minggu tersebut. Setiap fakulti dan kolej kediaman telah mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang menarik, melibatkan pelajar serta kakitangan di setiap jabatan yang mengambil bahagian.
Sepanjang berlangsungnya Minggu Integriti, semua pelajar diwajibkan memakai kad matrik dan memakaikan kasut tertutup. Pelajar yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan denda dengan membayar sebanyak RM50 bagi setiap kesalahan tanpa pengecualian. Menurut Nor Azarina Amzah, 21, pelajar FPQS yang telah dikenakan denda tersebut kerana kesalahan tidak memakai kad matrik.
Setiap program yang diadakan mendapat tindak balas yang baik daripada pelajar dan kakitangan, menghadiri dan mengambil bahagian bagi setiap aktiviti.
Minggu tersebut diadakan bertujuan mewujudkan sebuah institusi yang mengamalkan disiplin dan melahirkan pelajar yang progresif dan intelektual.
Menurut Nor Faizah Mohd Zin, 23, dari FPQS, mengulas tentang Minggu Integriti telah berjaya menyemai sikap mendisiplinkan diri di kalangan pelajar dan kakitangan USIM.
Selain itu, minggu tersebut berjaya memupuk perpaduan antara pelajar serta meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti berteraskan ilmiah. Minggu tersebut telah berjaya menggerakkan peraturan disiplin dan etika yang sebelum ini tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Gangguan Projek Perumahan
NILAI – Projek perumahan yang baru beroperasi bersebelahan dengan kawasan kediaman Desa Jati, telah mengakibatkan masalah bunyi bising dan pencemaran dari tapak pembinaan tersebut.
Fenomena ini melahirkan rasa tidak puas hati terutamanya bagi sebahagian pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan penghuni majoriti di kediaman tersebut.
Keadaan tersebut telah membawa masalah bunyi bising di kalangan pelajar. Bunyi yang datang dari tapak projek tersebut telah mengganggu tumpuan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan turut menganggu penghuni-penghuni lain.
Kerja-kerja di tapak pembinaan tersebut bermula seawal pagi hingga lewat petang. Keadaan ini menimbulkan kemarahan penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Menurut seorang pelajar USIM, Nor Ain Manap, 22, bunyi bising tersebut mengganggu beliau serta pelajar lain untuk mengulangkaji pelajaran dan berehat. Menurutnya lagi, keadaan tersebut menjadi tekanan dan melahirkan perasaan tidak puas hati.
Selain masalah bunyi bising, masalah lain pula timbul ketika hari hujan. Sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan air melimpah memasuki kawasan berhampiran kediaman tersebut. Air lumpur melimpah dan menyebabkan kawasan berhampiran disaluti lumpur.
Dalam pada itu, apabila cuaca panas dan berangin masalah debu pula yang timbul meyebabkan debu berterbangan ke arah kediaman Desa Jati.
Menurut Nor Laila, 24, pelajar tahun satu (Pendidikan), masalah bunyi bising mengganggu tumpuan untuk membuat tugasan. Selain itu, menurut Hisham, 32, peniaga runcit di kediaman tersebut telah melahirkan rasa tidak selesa dengan masalah bunyi bising dan masalah debu yang datang dari tapak projek itu.
Penduduk di kediaman yang berdekatan dengan tapak projek tersebut meminta agar pengusaha projek dapat menjaga keselesaan penduduk sekitar dan meyelenggara sistem perparitan yang tidak teratur.
Teman
selama ini ku mencari-cari
teman yang sejati buat menemani perjuangan suci
bersyukur kini padamu Illahi
teman yang dicari selama ini telah ku temui
dengannya di sisi perjuangan ini
senang diharungi bertambah murni kasih Illahi
kepadamu teman teruskan perjuangan pengorbanan dan pengertian
telah ku ungkapkan segala-galanya…….

February 18, 2008
February 18, 2008
February 15, 2008
